Kawan kawan, senyum tu kan sedekah. Saya tau anda tau tu. Jangan la kita mengkedekutkan diri kita nak senyum ye. :) Senyum la paling senang. Kalau tade duit nak sedekah. *mcm saya ni. penganggur tegar. Boleh la buat amal lain seperti memurahkan senyuman yang sebelum ni saya selalu mengmahalkan ia. Dulu kan, saya selalu rasa pelik nak senyum kat anonymous. Tapi sekarang, cool la. Kadang kadang orang tu yang pelik tengok saya tetiba senyum walaupun tak kenal. Hehe. Okey, saya dah berubah sikit ye kawan kawan. :)
Lepas tu kan, kawan kawan. Kalau kita pergi pasar malam kan, selalu ada orang mintak sedekah. Buta la kudung la anak yatim la masjid la. Kita selalu la nak persoalkan 'eh, dia ni betul ke? ke sindiket ni.' Tak dinafikan, saya juga kadang kadang terfikir jugak mcm tu. Tapi satu je saya nak cakap. Niat sedekah itu penting. Niat je la kita bagi ni untuk dia buat sesuatu di jalan Allah. Tak payah nak persoalkan kesahihan nya. Janji kita dah ikhlaskan diri. Lain la kalau dia memang dah cakap ini tabung nak buat disko. Jangan la kau gatal gatal nak letak duit kat situ kan. Banyak lagi tabung masjid tabung surau kau boleh letak.
Masa kat hentian Seremban dua tahun lepas kut. Ada sorang pakcik ni bagi lecture kat budak mintak sedekah ni. Kalau lecture baik tapi jugak. Ni tengking. Kesian budak tu. Dia marah, dia cakap ni ade orang la yang suruh awak mintak sedekah kan. Blablabla. At that time, pakcik tu lecture depan surau. And aku berdiri and hanya mampu tengok. Aku sedihh sangat. Aku tau la pakcik tu ade niat baik, caring kat budak tu. Tapi jangan la marah. Tengking. Suara dia kuat. Aku yang jauh pun rasa nak nanges kena mcm tu. Aku tengok budak tu kuis kuis kaki. Hmm. Sedih kan. Apela salahnya kalau nak cakap tu nada pilihla yang sesuai. Sampai sekarang aku ingat setiap dialog pakcik tu. Pakcik, jangan buat macam tu. Tak baik tau. Awak yang lain juga. Ikhlas kan hati semasa menderma banyak pahala tu. ;)
Okey kawan kawan, selamat menayangkan gigi awak selalu. :B
Todays Notes : Sepuluh malam terakhir. Selamat beramal. :)
iguessitwasnotenough,
lunasayang.
2 comments:
senyum tak perlu kata apa2
Nak tuuuuuuuuuut
Post a Comment