" Mak rasa agaknya beribu juta lagi yang kau tak hafal lagi sejarah tu. Tu baru sejarah, sempat ke lagi ke kau? "
Ayat mudah itu, ayat yang pendek sekali, namun, ayat itu lah kunci runtuhan semangat aku, ayat yang hanya 30 saat itu meluruhkan segala keyakinan usang berusia 17 tahun aku. Aku sama sekali tidak pasti sama ada masih ada kah saki baki keyakinan usang ku itu? atau adakah semua nya sudah hancur dan sukar atau tidak mungkin dapat dibina kembali? aku pun tidak pasti, aku tidak punya jawapan untuk itu. Dinding semangat ku yaang baru aku cuba membuat isian penuh, kering. hmm, aku tidak sangaka bahawa klimaks cerita keyakinan usang ini sudah sampai mengetuk dan memanggil dia pergi.. Keyakinan usang ku berlalu pergi tanpa memberi tahu bila akan pulang. Aku rindu kehidupan lalu aku, kehidupan bersama keyakinan usang dan semangat yang sentiasa turun naik itu, tolong lah kembali. haihh. Aku juga rindukan kehidupan lalu aku yang sudah pastinya tiada harapannya untuk melaluinya lagi.

Dulu,
" Aik, dah balik dah, sekolah macam mane? Result ok?"
lembut sekali ucapan nya.
Kini,
" Tade kelas? Siap2 pastu pergi belajar"
keras tanda sebagai arahan.
Percayalah, aku dah lakukan yang terbaik walaupun belum yang terbaik, aku masih mencuba dan tolonglah beri aku ruang untuk itu, aku tersepit tidak dapat bernafas. Aku faham mereka cuma mahu aku berjaya, tapi kadang kala terlampau menolak aku. Aku tak dapat G and E, jadi aku sangat bersyukur, syukur aku panjatkan, dengan harapan mereka tidak marah, namun? D tidak cukup, aku tahu, tapi aku tak dapat gapai sesuatu dengan mudah, bermua dari bawah.
Aku masih dalam proses percubaan untuk menjadi terbaik. Berilah aku sedikit masa dan ruang untuk aku memperbaiki apa yang aku telah persia siakan dahulu. Aku perlukan semangat untuk bangun, bukan dengan kritikan tidak membina. Aku bukan seperti oarang lain. Aku bukan orang lain. Aku ialah aku. Jadi, usahlah membandingkan orang yang selangit hebat dari aku. Aku tak setanding itu, namun, aku cuba untuk menjadi kebanggaan bukan membuatmu malu.
Aku pernah jatuh teruk sampai parah, saat tu orang terdekat aku pun menjauhkan diri. Mungin untuk mengajar aku, aku tidak pasti namun apa yang pasti sikap mereka sebegitulah yang membuatkan aku belajar untuk bangkit dan mula berperang. Sedikit semangat daripada abangku membuatkan aku kembali kuat. Aku sendiri tidak pasti mengapa aku kembali jatuh, tangan ini mungkin masih belum cekap untuk memegang kejayaan itu lama. Lagipun kita semua tahu yang hidup ini penuh dengan jatuh bangun. Sekali kita jatuh tak bermaksud kita jatuh selama lamanya. Sekali kita diatas, belajar untuk melihat lihat yang dibawah, dan jangan bersikap ego kerna ALLAH maha Kuasa. Tiada istilah putus asa diguna pakai kerna setiap orang pasti mempunyai peluang untuk bangkit, cuma ia terletak pada diri kita sendir sama ada hendak menggunakan nya sebaik nya atau mempersia siakan nya. Renung renungkan lah. Aku pasti satu hati nanti keyakinan usang aku akan kembalipadaku, semangat yang penuh turun naik akan pulang dengan jiwa yang baru, cuma aku tidak pasti masanya. Walau lama mana pun, aku akan tunggu keyakinan usangku pulang. Waima pada saat itu, aku mungkin sudah punya keyakinan baru, akan ku gunakan jua keyakinan usang ku itu kerana itulah keyakinan sebenarku. (:
Aku pasti bangkit, cuma aku tidak pasti bila.
Today notes ; Hidup takan pernah lepas dari masalah, begantung pada diri kita untuk mengatasi nya dengan baik.
i'llbesofinesoon, dontworry,
lunasayang.
lunasayang.